ARI NI
Tgh bawa moto balik kijer tadik..tetiba aku nyer keitai bebunyi..ingatkan awek tepon ker..cecepat aku tgk...tgk tgk..manabe(member aku ler) anto sms..dia kata..aku nya markah kelas syuuchu(kelas khas)giri giri(paras bahya)..kena tulih repot plak..dah tu..ada tempoh seminggu jer...terus gi sekolah...n sblm gi kelas tadik...gi tgk kat keiji bang(notice board).Mmmg ado nombo aku..hgaha..kena tulih repot,,padan muka aku..sapa suruh tak buat test ngan elok elok...ahaha..dah tu..esok kena anto repot plak..hehe..cam biasa..COPY n PASTE ..hehhe..besh besh..sonok nya belajo kat Jepon..tayah belajo ...ingat jer..insyaAllah lepeh..huhuh
JAPAN STUDY
best belajo kat jepon ni..terutama org yg mmg tak nak stadi macam aku ni..dah tu..dtg jepon belajo management..mmg banyak masa utk dluangkan..haha..luang utk menda mendayg berpaedah dan tak berpaedahh..byk yg tak berpaedah..tp bkn sumer bebudak mesia cam aku...aku jer yg buat cam gini..budak lelain bebaik belaka..keh keh keh...
Pengajaran Ari NI
>SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal
>bersama anaknya,Shahrin dan menantu perempuannya,
>Alfi, serta anak pasangan itu, Harun yang baru berusia
>enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur,
>jari-jemarinya
>sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari
>semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah
>anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa
>kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.
>Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu.
>Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya
>dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga
>makanan bersepah
>tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu
>berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia
>gagal menahannya.
>Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya
>patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman,
>pegangannya
>terlucut.Prannnnngggggg ... !!I Bertaburan kaca di
>lantai.
>Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip
>serpihan gelas itu,tapi Shahrin melarangnya.Alfi masam
>mencuka.
>Harun pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya
>melihat, kemudian makan semula. Esok ayah tak boleh
>makan bersama kita," Harun
>mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk
>menghilangkan diri ke dalam bilik.
>Shahrin hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu
>merenung tajam ke dalam mata Shahrin. Sebagai memenuhi
>tuntutan Alfi, Shahrin membeli sebuah meja kecil yang
>rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di
>situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian,
>sambil anak menantu makan di meja berhampiran.
>Harun pula dihalang apabila dia merengek mahu makan
>bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh
>mengenang nasibnya
>diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung
>halaman yang
>ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya.
>Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar
>layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua
>merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia
>diherdik kerana menumpahkan sisa
>makanan. Dia diperlakukan seperti hamba.
>Pemah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi
>mengenangkan cucunya,dia menahan diri.
>Dia tidak mahu melukakan hati cucunya.
>Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak
>menantu.
>
>Suatu malam, Harun terperanjat melihat datuknya makan
>menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman
>yang diperbuat daripada buluh.
>Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah
>melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..."
>bisiknya.Harun teringat, semasa berkunjung ke rumah
>sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi
>makan
>kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
>"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan
>mangkuk mama,"kata Alfi apabila anaknya bertanya.
>Masa terus berlau.
>Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu
>makan,tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah.
>Apabila Harun merenung datuknya yang sedang menyuap
>makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
>Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja,
>Shahrin dan Alfi terperanjat melihat anak mereka
>sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu.
>Harun seperti sedang membuat sesuatu.
>Ada penukul, gergaji dan pisau disisinya.
>"Eh, apa sayang buat ni?
>Berbahaya main benda-benda ni,"kata Shahrin menegur
>manja anaknya.
>Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat
>mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di
>dalam stor.
>"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan
>emak.
>Bila Harun besar nanti, taklah susah cari.
>Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,"
>kata Harun. Gamam mendengar jawapan anaknya, Shahrin
>terkedu. Perasaan Alfi terusik.Kelopak mata
>kedua-duanya bergenang. Jawapan Harun menusuk,seluruh
>tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu.
>Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Shahrin
>memimpin tangan ayahnya ke meja makan.
>Alfi menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam
>gelas.
>Nasi yang tumpah tidak dihiraukan Harun beberapa kali
>memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah
>datuknya.
>Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi
>menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di
>meja makan.
>Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya
>tiba-tiba berubah.
>"Esok harun buang pinggankayu tu,..... ayah ngan mak
>tanak pakai kan?" kata Harun pada ayahnya selepas
>makan.
>Shahrin hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.