dikatakan,
Mandi dapat menyihatkan badan serta sudah pasti selepas mandi kita akan segar.
Mandi juga boleh mengurangkan lemak dan kolestrol dalam badan.
Nenek di Terengganu/Pahang katanya amalkan mandi seawal jam 3 pagi sebanyak 44 gayung air dapat kekal awet muda dan terbukti dia masih lagi secantik Siti Nurhaliza (yang berusia 60 tahun lah) walaupun sekarang ni umur dia dah hampir mencecah 90 tahun. Siap dapat kawin dengan anak ikan ooo...
Yang Muslim wajib mandi bila diwajibkan dan yang baru muslim juga diwajibkan bila bertukar kepercayaan kepada Islam.
Tapi semalam,
saya makan nasi mandi. Ye.Sekarang nasi pun mandi. Yang jarang mandi tu..malu-malu lah pada nasi ye)
Nasi mandi berhidangkan Kambing dan Ayam. Disertakan yogurt dan sambalnya.
Minum pula teh hijau (mint tea) dan pesan juga roti arab yang dicicah dengan humus (bukan fungus..tp kisaran kacang apa ntah).
Sungguh sedap dan berkrim.
Terima kasih Restoran Al-Rawsha belakang Kedutaan Besar Perancis dan terima kasih Yop sebab belanja.
Oishikatta!!
Short Trip: Janda Baik-Bukit Tinggi
5 years ago
No comments:
Post a Comment