Tuesday, January 06, 2009

Renmeibi Journey- The Story
Makan dan solat waktu di China langsung tidak menjadi masalah sebab ikut "Halal Tour" oleh POTO Travel. Ketua rombongan dari Malaysia pun bukan calang-calang dari POTO Travel sendiri. Seorang pengarah di Syarikat tersebut. Seorang Doktor Falsafah yang telah memerdekakan diri dari kekangan kerja makan gaji. Dan dia dibantu oleh pengarah cawangan dari Segamat. (......jadi ejen pemasaran untuk Syarikat ni lah pula)

Semasa di Beijing, tour guide kami iaitu En Chong atau lebih mesra dipanggil dengan Bapak Chong. Kenapa? Kerananya walaupun Bapak Chong ini berbangsa Cina (tapi cara dia lari dan jalan ala-ala Shin cyan..hehe), namun dia amat fasih berbahasa Indonesia. Dan sejarahnya, dia telah ke China dari Indonesia sewaktu umurnya awal 20-an untuk menuntut ilmu dan seterusnya telah menetap di China. Jadi kami pon ngobrol-ngobrol aja sama Bapak Cheong.

Sampai di Beijing dalam keadaan yang amat sejuk. 2-3 darjah celcius. Semuanya salin kulit ke yang lebih tebal. Yang kurus pun sudah nampak gemuk inikan pula yang memang sudah gemuk. Oh apakah...

Hari pertama dimulakan dengan bismillah dan solat subuh :). Aktiviti hari ni tidak menarik sangat bagi orang yang poketnya bocor (baca: saya). Sebabnya banyak aktiviti yang melibatkan kertas yang ada cop kepala Mao Tze Tung itu.

Sewaktu pergi ke Sunny Street (ala-ala Pertama Kompleks), banyak barangan tiruan yang dijual. Rambang mata lah sekejap. Bayangkan jaket North Face yang kalau di Malaysia harganya mencecah ratusan ringgit, boleh ditawar-tawarkan menjadi sehingga RM 50 sahaja. Belum beg-beg tiruan nya. Kasut Timber Land pon dapat dibeli dengan harga RM30.

Tip : Kalau Cina tu letak harga Y1000, terus kita cakap mahal dan letak Y80 sahaja dan stick to that price. Dah hujung2 dan dah malas nak bertekak, baru naikkan ke Y90,Y100, etc.

Hari kedua adalah hari yang dinanti-nantikan oleh Her saya. Buat pertama kali dalam hidupnya bermain ski di atas salji (sebab salji tidak turun lagi, makan kami hanya dapat bermain menggunakan salji buatan yang hasilnya adalah lebih kasar dari salji biasa). Saya hanya bermain papan sekeping (snowboard). Nasib lah Her saya cepat pandai main ski, kalau tidak terpaksalah saya pulangkan papan sekeping saya lebih awal dan mengajar dia main ski (tapi saya tidak pernah main ski).

Skil saya bermain papan sekeping enam tahun lepas masih ada lagi. Cuma waktu mula-mula nak menyesuaikan diri, terjatuh gedebuklah 3 4 kali di salji yang keras itu. Tapi apabila sudah datang roh permainan, saya meluncur dengan riaknya di kalangan rakyat-rakyat Malaysia yang berada di kawasan tersebut (resort tersebut hanya dipenuhi oleh orang-orang Melayu...terasa bermain di Genting Highlands sahaja).
RM70 untuk Ski dan RM90 untuk Snow board. RM15 untuk sewa baju ski.

Dan sekali lagi diberi peluang untuk menghebatkan skil tawar menawar dengan peniaga Cina di Yashow Street (puan ala-ala Pertama Komples..lebih besar dari Sunny). Dan makin ramailah beg-beg yang dibawa mendapat anak-anak (anak??...beg beso gabak pun boleh panggil anak kah) .

Dan kami juga melawat tempat-tempat yang standard di lawati yakni Tembok Besar China ( tinggal 6 kerat sahaja yang mana dahulunya berkepanjangan sejauh 3000/6000 km..sudah lupa lah), Tiannamen Square, Forbidden City, Summer Palace, dll.

Sepatutnya dari Beijing ke Shanghai kami naik keretapi selama 12 jam. Tapi disebabkan rungutan kumpulan sebelum ini, maka kami dapat naik kapal terbang dari Beijing ke Shanghai.

Sampai di Shanghai, tour guide baru telah menunggu dengan papan tanda "POTOL Travel". Merah padam muka Ketua Rombongan kami bila dia nampak tanda tersebut. Ahahaha

Mr Chong atau lebih senang dipanggil Mr Tom (tiada rupa dan kena mengena dengan Tom Cruise..tapi ada skit-skit dengan Tom& Jerry). Dia cuma berbahasa Inggeris dan kurang menarik cara penceritaannya. Sungguh nampak seperti tidak friendly.

Di Shanghai banyak pergi ke tempat-tempat shopping sahaja dan yang menarik cuma lah Night River Cruise (Y100 seorang).

Cukup 2 hari di Shanghai, balik lah ke Malaysia dan terus mencari Tomyam malam tu. Ah sedapnya Tomyam...

4 comments:

amoi said...

uik...takkan 2 hari je kot pegi...

Jebatz said...

iks..
aku sudah malas mau buat day by day punya journal..
ahahahhaha

tgk la previous post aku...ada schedulenya..

NedLi Sakurai said...

waa.. syok nyer..
semua org jalan2 tgk salji erk..
every end of yr... (^^,)

Anonymous said...

jebat, akak nak tanya satu soalan, kat shanghai tu , toilet dia bersih tak? akak adalah plan nak ke china tu , beijing and shanghai, tapi banyak sangat yang bercerita, public toilet dia tu ...... adehh......

Post a Comment


ShoutMix chat widget