sambungan..
JALAN-JALAN DI ISTANBUL
Dah 4 hari di Istanbul, baru dapat nak pergi jalan-jalan ke kawasan yang dikatakan menarik di Istanbul ni. Antara tempat yang menarik (Ms WN bagitahu) adalah Grand Bazaar, Spice Bazaar, Egyptian Market, Tupkapi, Ayatul Sofya, Cruise Bophorus, dan Blue Mosque.
First encounter untuk explore tempat-tempat tu, aku dengan En J naik teksi dari Marmara Hotel. Ms WN ada bagitahu, boleh naik tube/train dari depan hotel then terus ke tempat-tempat yang menarik tu. Tapi kitaorang pon tak tahu, so belasah jek la naik teksi. Naik teksi kena TR25 walaupun tempat tu dalam 15-20 minit je. Tu pun driver tu nak charge TR30, tapi En J argue kaw-kaw nye baru dapat TR20 (nasib la tak diapa-apakan oleh driver teksi tu..heheh)
Dah la dia drop jauh gila sebab jem , kena jalan plak dalam 20 minit baru sampai ke Grand Bazaar. Main redah je masuk kedalam tu. Banyak barang-barang hiasan dan barangan kulit. Antaranya devils eye (yg piring kaler biru), set shisha, set lampu, karpet, baju/kasut/beg kulit dll.
Tak de apa yang menarik sangat(dah takde duit, memang la tak de yang menarik..heheh)..just jalan2 je dalam tu then meet DN kat dalam Grand Bazaar tu. DN ada di Istanbul sebab Company dia terima Award . So dia datang lah. Dan katanya itu lah pertama kali dia dapat nak jalan-jalan kat Istanbul. Sebelum ni tak sempat. Dia pun layan jalan-jalan dalam Grand Bazaar dengan kitaorang. Sambil2 dia petik gambar-gambar yang menarik guna DSLR Sony dia tu.
Dari Grand Bazaar, kitaorang jalan kaki dalam 15 minit ke Spice Bazaar plak. Dah nama spice bazaar kan, banyak la spice yang diorang jual. Termasuk lah "Turki Viagra". Jalan dalam tu sambil rasa skit-skit manisan dan kuih muih diorang tu. Ada satu kuih namanya Bakhlava. Buat dari lemak kambing. Nice gak la. Tapi kalau makan banyak sangat, bisa bikin pusing kepala ooo...
Dah pusing-pusing dalam tu, kitaorang keluar then nak balik ke hotel. Nak tanya orang tepi-tepi tu, sepatah haram tak paham cakap english. Kitaorang plak sepatah haram tak reti cakap turki. So main teka jek la apa diorang cakap. Ada pakcik jual jagung tu cakap, "Kabastash"..aku assume kena naik bas. And En J dan DN pon terima assumption aku. So macam susah nak naik bas, kitaorang jalan je and tanya lagi kat orang lain, dia bagitahu ada train (lupa dah nama dia) menghala ke Marmara Hotel tapi kena seberang jambatan. Dekat 15 minit jugakla nak seberang jambatan besar tu.
Dah penat berjalan, sampai la kitaorang ke stesen train (tu pun berbuih mulut nak tanya pada org turki tu...). Naik train tu dalam 5 minit then kena naik plak yang city train tu..apa eh org panggil..yang jalan tgh2 bandar tu..apa ntah..train ni sampai ngam2 depan Marmara. Kalau tak patah kaki gak nak berjalan. Nasib cuaca best. Sampai bilik terus melepek.
Dalam pukul 9 lebih WN call ajak pergi makan. So turun2 jek tgk DN, EN J, dan WN dah ada kat lobi. Kitaorang pergi makan kat kedai area "bukit bintang" tu. Masuk satu kedai ni. Waiter dia semua pakai tie dan kot. Manager jek selebet .Macam-macam pak turki ni. Kat sini kitaorg makan ikan bakar lagi. Sedap gak. Tapi tekak melayu. Nak jugak sambal kicap tu. Kalau tak de tak sah.
Time dinner ni la WN cerita Kabashtash yang Turki sebut-sebut tu, sebenarnya nama stesen Metro(ketapi bawah tanah). Kalau naik tu, kejap jek sampai ke depan Marmara Hotel. Ahahahahah. Jenuh kena kutuk dengan En J dan DN. Tak pe. Pengalaman..heheh
Time dinner ni la WN cerita Kabashtash yang Turki sebut-sebut tu, sebenarnya nama stesen Metro(ketapi bawah tanah). Kalau naik tu, kejap jek sampai ke depan Marmara Hotel. Ahahahahah. Jenuh kena kutuk dengan En J dan DN. Tak pe. Pengalaman..heheh
JALAN-JALAN PART II
Last day kat Istanbul aku nekad nak pegi jalan naik Metro tu gak. Berbekalkan guidance dari WN, aku pun layan jek la. Sib baik senang jek. Kalau idak, mahu sampai ke Republik Czech kot.
Naik Metro dari Kabatas sampai la ke ujung stesen. Saja jek layan tgk Istanbul ni macamana. Lupa nak cerita. Naik Metro ni, bayar tiket sekali jek, then bole turun kat mana-mana stesen. Kira ok la kan. Pegi stesen last sekali (stesen yg ke 32) - Zaeytinburnu then patah balik.
Patah balik then sempat la masuk Blue Mosque dan solat Jumaat kat situ. First time solat Jumaat di turki dan sungguh saya cultural shock. Ahahahahahahahahahahahahaha
Tempat lain x sempat nak pergi. Masa tidak mengijinkan saya. Mungkin di waktu lain. MUNGKIN......
(akhirnya abis juga cerita aku 2 bulan lepas..baru bole apdate citer terkini..huhuuh)
No comments:
Post a Comment