Friday, December 12, 2008

TURKI - Oktober 2008

Selamat mendarat di Kamal Attartuk International Airport, Istanbul, Turki pagi Ahad 19 Oktober 2008 bersama En.J setelah route tour sampai ke Amsterdam. Nasib la kerja gomen, merasa naik business class. Tidak la terasa sangat 13 jam dari KL ke Amsterdam tu. Cuma dari Amsterdam ke Istanbul, kena naik kelas ekonomi sebab naik KLM. 4 jam juga la merasa tidur dlm ekonomi kelas antarabangsa itupun sebab tak tidur langsung dari KL. Layan cerita Heroes second season dalam flight sambil makan kacang dan manggo juices.oh apakah....heh.



Sampai-sampai je di airport, dah ada Encik Turki menunggu di pintu kapal terbang dengan tanda nama aku dan En.J. Wah. Macam VVIP plak diambil dari pintu kapal terbang dan dihantar ke bilik menunggu VVIP dan En. Turki yang menguruskan pengambilan beg dan cop pasport. FUh. Dan di dalam bilik menunggu tu ada internet dan En.J suruh aku hantar email ke Malaysia untuk minta 2 3 maklumat tambahan. Yang lawaknya, komputer Turki ni susah nak insert aksara "i". Apa-apa perkataan yang ada "i", akan jadi "y". Aku taip turki jadi turky. heh.



TEMBOK BATU LAMA. SEBELAH SANA TEMBOK ADA LAUT



KERETA DAN BAS YANG SEMPAT DISNAP


Dari airport ke Hotel Marmara sepatutnya dalam 30 minit. Tapi oleh kerana sesak yang melampau, sejam lebih baru sampai ke hotel. Hotel ni lebih kurang tengah-tengah Istanbul. Dan di kawasan belakang hotel ni, ada satu jalan yang besar (Maxim Street) dan kiri-kanan dia ada deretan kedai. Bila jalan-jalan waktu malam, dah rasa macam kat Jalan Bukit Bintang. Ada kedai yang operasi sampai dinihari.











HOTEL MARMARA (Bangunan yg tinggi sekali)





ANTARA VIEW DARI BILIK AKU DI TINGKAT 8

MESYUARAT
Mesyuarat bermula 20 hb hingga 25 hb Oktober 2008. Nasib baik mesyuarat dilangsungkan di ballroom hotel je, tidak la meraban-raban nak cari transport ke sana sini. Banyak yang aku belajar attending international meeting dgn En.J. Cara nak menyampaikan point hinggalah cara nak memastikan point yang kita sampaikan tu dimasukkan ke dalam minit mesyuarat. Dan dapatlah tengok cara-cara pak arab dan pak afrika bertelagah memberi pendapat. Pak Arab dengan eknya sebab depa yang banyak bagi sumbangan pada OIC dan Pak Afrika yang banyak meminta simpati dan bantuan untuk membangunkan negara depa. Pak Asia Timur banyak yang memerhati dan hanya mencelah apabila perlu sahaja.


WAKIL MALAYSIA hehehehhe




DALAM BILIK MESYUARAT
MAKAN

Sebelum pergi, awek aku ada suggest bawa la maggi ke serunding ke, tidak la muak sangat makan turki tu nanti. Tapi aku fikir tak payah la kot sebab pergi untuk seminggu je, so tak payah nak risau pasai makan la kot. Bole layan je makanan turki. Dan pikiran aku telah menyusahkan aku...ahahahhaa...baru sehari makan kat hotel tu, dah rasa muak yak amat. Tapi apa kan daya. Layan je la. Dah itu yang diorang provide. Bila dah tak larat nak layan, pegi kat Maxim Street, layan kebab dan nasi campur dia. Boleh la kan.

NASI CAMPUR DI HOTEL (Nasi tu dimasak dengan apa ntah..rasa cam berkrim jek)


PRAWN WITH BUTTER (Ms.WN belanja ramai2)

SALAD ALA TURKI SERVE WITH OLIVE OIL sungguh fresh..


APA NTAH NAMA BENDA NI (Ada ikan kecik goreng, ikan bakar, fries, dan sayur yg fresh)
nanti sambung lagi ah....

1 comment:

kuizikel said...

gambo wakil msia nampak lebih slim dr biasa.. muakakakaka

Post a Comment


ShoutMix chat widget