GIGI
Gigi saya sakit kelmarin(atau lebih betul ayatnya..saya sakit gigi kelmarin..ke ada yang lebih betul..hmm). Balik kenduri kahwin Faizal, makan mee goreng dan petang nya terus sakit gigi.
Sakit berdenyut-denyut sampai ke kepala. Antara rawatan yang saya lalui/lakukan:
1. tumbuk cengkih dan letakkan di tempat yg sakit - tidak berhasil kerana kuman gigi kali ini sungguh degil
2. cengkih tadi dicampur dengan minyak cap kapak - tidak berhasil kerana kuman ini kebal dengan minyak cap kapak
3. cengkih dicampur dengan minyak cap kapak dan ubat gigi - berhasil untuk 5 minit..setiap lima minit kena renew ubat itu..mungkin sebab kuman jarang gosok gigi tu yang berhasil
Dan akhirnya semalam saya pergi juga jumpa doktor gigi. Doktor x ray kan saya dan tunjukkan keseluruhan gigi saya. Yang kuning, yang putih, yang sopak, yang hensem, semua tidak terkecuali dan nampak segalanya. Ibarat dibogelkan lah saya disitu..err..dibogelkan gigi ye...
Jadi semalam saya dapat konsultasi, ceramahsi, dan ubat-ubatsi yang bernilai RM140. Oh..belum masuk upah cabut gigi lagi nanti..
Denyut-denyut kepala saya menjadi kembali..oh apakah...
Short Trip: Janda Baik-Bukit Tinggi
5 years ago
5 comments:
aha.. kena letak gambir srawak baru jln.. percayalah!!! v(^_^)
sudah habis stok
nanti kalau Her pegi Sarawak, suruh dia beli lah
woi apa gambir2 ni..ahahaha...
aku pernah buat scaling + ubat = rm150...maknanya mahal la caj ko tu...aku ingat aku la plg mahal...ahahaha...
boleh tau klinik gigi kat mana tu??
best tak doktor nya???
sbb, sedang aduh..... sakit gigi ku....
NY Farming - di Plaza Damas. Klinik Smile's Good. Depan Bistro
Post a Comment