Tuesday, December 23, 2008




ini lah awan yg saya katakan


ada lagi gambar di http://picasaweb.google.com/jebatz/Awan#

Sunday, December 21, 2008

kenapa page aku tiada title..err..aku tatau..buta it lah saya..


last week, pergi handle org menembak.
bukan..bukan menembak penjenayah atau tembak bintang mahupun tembak cicak,
tapi tembak pakai pistol jenih baretta kat akademi JPJ kat Melaka nun.
aku pun joint sekaki ah menembak(baca:baca yuran RM60 )

onway pegi, kat langit ada awan bentuk Alip Lam Lam Ha.
tak percaya?
Alip Lam Lam Ha la..
betui..
nanti aku up kan gambo dia..
org yg tertentu je kan.. :)

Friday, December 19, 2008

4th ANNIVERSARY

Date : 17 December 2008 (awal sehari di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)
Venue : Restoran Berputar Seri Angkasa (berputar-putar kepala aku time makan)
Time : 1930 - 2245
Damage : RM299 + perut aku (sebab byk sgt melantak buffet)
Value : Priceless....




Happy Anniversary :)



gambar ditaja oleh Cik Kon D60.

lebihan gambar di http://picasaweb.google.com/jebatz/4thAnniversary#
sambungan..

JALAN-JALAN DI ISTANBUL


Dah 4 hari di Istanbul, baru dapat nak pergi jalan-jalan ke kawasan yang dikatakan menarik di Istanbul ni. Antara tempat yang menarik (Ms WN bagitahu) adalah Grand Bazaar, Spice Bazaar, Egyptian Market, Tupkapi, Ayatul Sofya, Cruise Bophorus, dan Blue Mosque.



DEPAN GRAND BAZAAR


DALAM GRAND BAZAAR


AYATUSSOFYA DARI JAUH


DALAM BLUE MOSQUE


BLUE MOSQUE


First encounter untuk explore tempat-tempat tu, aku dengan En J naik teksi dari Marmara Hotel. Ms WN ada bagitahu, boleh naik tube/train dari depan hotel then terus ke tempat-tempat yang menarik tu. Tapi kitaorang pon tak tahu, so belasah jek la naik teksi. Naik teksi kena TR25 walaupun tempat tu dalam 15-20 minit je. Tu pun driver tu nak charge TR30, tapi En J argue kaw-kaw nye baru dapat TR20 (nasib la tak diapa-apakan oleh driver teksi tu..heheh)

Dah la dia drop jauh gila sebab jem , kena jalan plak dalam 20 minit baru sampai ke Grand Bazaar. Main redah je masuk kedalam tu. Banyak barang-barang hiasan dan barangan kulit. Antaranya devils eye (yg piring kaler biru), set shisha, set lampu, karpet, baju/kasut/beg kulit dll.
Tak de apa yang menarik sangat(dah takde duit, memang la tak de yang menarik..heheh)..just jalan2 je dalam tu then meet DN kat dalam Grand Bazaar tu. DN ada di Istanbul sebab Company dia terima Award . So dia datang lah. Dan katanya itu lah pertama kali dia dapat nak jalan-jalan kat Istanbul. Sebelum ni tak sempat. Dia pun layan jalan-jalan dalam Grand Bazaar dengan kitaorang. Sambil2 dia petik gambar-gambar yang menarik guna DSLR Sony dia tu.




DALAM GRAND BAZAAR




HIASAN YANG DEPA JUAL (KATANYA TURKI TERKENAL DGN HIASAN2 GINI)




Dari Grand Bazaar, kitaorang jalan kaki dalam 15 minit ke Spice Bazaar plak. Dah nama spice bazaar kan, banyak la spice yang diorang jual. Termasuk lah "Turki Viagra". Jalan dalam tu sambil rasa skit-skit manisan dan kuih muih diorang tu. Ada satu kuih namanya Bakhlava. Buat dari lemak kambing. Nice gak la. Tapi kalau makan banyak sangat, bisa bikin pusing kepala ooo...



VIAGRA TURKI


KUIH-KUIH MANISAN



SPICENYE


Dah pusing-pusing dalam tu, kitaorang keluar then nak balik ke hotel. Nak tanya orang tepi-tepi tu, sepatah haram tak paham cakap english. Kitaorang plak sepatah haram tak reti cakap turki. So main teka jek la apa diorang cakap. Ada pakcik jual jagung tu cakap, "Kabastash"..aku assume kena naik bas. And En J dan DN pon terima assumption aku. So macam susah nak naik bas, kitaorang jalan je and tanya lagi kat orang lain, dia bagitahu ada train (lupa dah nama dia) menghala ke Marmara Hotel tapi kena seberang jambatan. Dekat 15 minit jugakla nak seberang jambatan besar tu.

Dah penat berjalan, sampai la kitaorang ke stesen train (tu pun berbuih mulut nak tanya pada org turki tu...). Naik train tu dalam 5 minit then kena naik plak yang city train tu..apa eh org panggil..yang jalan tgh2 bandar tu..apa ntah..train ni sampai ngam2 depan Marmara. Kalau tak patah kaki gak nak berjalan. Nasib cuaca best. Sampai bilik terus melepek.
Dalam pukul 9 lebih WN call ajak pergi makan. So turun2 jek tgk DN, EN J, dan WN dah ada kat lobi. Kitaorang pergi makan kat kedai area "bukit bintang" tu. Masuk satu kedai ni. Waiter dia semua pakai tie dan kot. Manager jek selebet .Macam-macam pak turki ni. Kat sini kitaorg makan ikan bakar lagi. Sedap gak. Tapi tekak melayu. Nak jugak sambal kicap tu. Kalau tak de tak sah.

Time dinner ni la WN cerita Kabashtash yang Turki sebut-sebut tu, sebenarnya nama stesen Metro(ketapi bawah tanah). Kalau naik tu, kejap jek sampai ke depan Marmara Hotel. Ahahahahah. Jenuh kena kutuk dengan En J dan DN. Tak pe. Pengalaman..heheh


JALAN-JALAN PART II

Last day kat Istanbul aku nekad nak pegi jalan naik Metro tu gak. Berbekalkan guidance dari WN, aku pun layan jek la. Sib baik senang jek. Kalau idak, mahu sampai ke Republik Czech kot.
Naik Metro dari Kabatas sampai la ke ujung stesen. Saja jek layan tgk Istanbul ni macamana. Lupa nak cerita. Naik Metro ni, bayar tiket sekali jek, then bole turun kat mana-mana stesen. Kira ok la kan. Pegi stesen last sekali (stesen yg ke 32) - Zaeytinburnu then patah balik.



Stesen last sekalik




ANTARA STESEN YG LALU-ada nama tempat2 yg menarik tu



KETAPI LALU ATAS JALAN RAYA




NI LA DIA KABATAS YG SEBENAR-BENARNYA


Patah balik then sempat la masuk Blue Mosque dan solat Jumaat kat situ. First time solat Jumaat di turki dan sungguh saya cultural shock. Ahahahahahahahahahahahahaha

Tempat lain x sempat nak pergi. Masa tidak mengijinkan saya. Mungkin di waktu lain. MUNGKIN......


(akhirnya abis juga cerita aku 2 bulan lepas..baru bole apdate citer terkini..huhuuh)

Friday, December 12, 2008

TURKI - Oktober 2008

Selamat mendarat di Kamal Attartuk International Airport, Istanbul, Turki pagi Ahad 19 Oktober 2008 bersama En.J setelah route tour sampai ke Amsterdam. Nasib la kerja gomen, merasa naik business class. Tidak la terasa sangat 13 jam dari KL ke Amsterdam tu. Cuma dari Amsterdam ke Istanbul, kena naik kelas ekonomi sebab naik KLM. 4 jam juga la merasa tidur dlm ekonomi kelas antarabangsa itupun sebab tak tidur langsung dari KL. Layan cerita Heroes second season dalam flight sambil makan kacang dan manggo juices.oh apakah....heh.



Sampai-sampai je di airport, dah ada Encik Turki menunggu di pintu kapal terbang dengan tanda nama aku dan En.J. Wah. Macam VVIP plak diambil dari pintu kapal terbang dan dihantar ke bilik menunggu VVIP dan En. Turki yang menguruskan pengambilan beg dan cop pasport. FUh. Dan di dalam bilik menunggu tu ada internet dan En.J suruh aku hantar email ke Malaysia untuk minta 2 3 maklumat tambahan. Yang lawaknya, komputer Turki ni susah nak insert aksara "i". Apa-apa perkataan yang ada "i", akan jadi "y". Aku taip turki jadi turky. heh.



TEMBOK BATU LAMA. SEBELAH SANA TEMBOK ADA LAUT



KERETA DAN BAS YANG SEMPAT DISNAP


Dari airport ke Hotel Marmara sepatutnya dalam 30 minit. Tapi oleh kerana sesak yang melampau, sejam lebih baru sampai ke hotel. Hotel ni lebih kurang tengah-tengah Istanbul. Dan di kawasan belakang hotel ni, ada satu jalan yang besar (Maxim Street) dan kiri-kanan dia ada deretan kedai. Bila jalan-jalan waktu malam, dah rasa macam kat Jalan Bukit Bintang. Ada kedai yang operasi sampai dinihari.











HOTEL MARMARA (Bangunan yg tinggi sekali)





ANTARA VIEW DARI BILIK AKU DI TINGKAT 8

MESYUARAT
Mesyuarat bermula 20 hb hingga 25 hb Oktober 2008. Nasib baik mesyuarat dilangsungkan di ballroom hotel je, tidak la meraban-raban nak cari transport ke sana sini. Banyak yang aku belajar attending international meeting dgn En.J. Cara nak menyampaikan point hinggalah cara nak memastikan point yang kita sampaikan tu dimasukkan ke dalam minit mesyuarat. Dan dapatlah tengok cara-cara pak arab dan pak afrika bertelagah memberi pendapat. Pak Arab dengan eknya sebab depa yang banyak bagi sumbangan pada OIC dan Pak Afrika yang banyak meminta simpati dan bantuan untuk membangunkan negara depa. Pak Asia Timur banyak yang memerhati dan hanya mencelah apabila perlu sahaja.


WAKIL MALAYSIA hehehehhe




DALAM BILIK MESYUARAT
MAKAN

Sebelum pergi, awek aku ada suggest bawa la maggi ke serunding ke, tidak la muak sangat makan turki tu nanti. Tapi aku fikir tak payah la kot sebab pergi untuk seminggu je, so tak payah nak risau pasai makan la kot. Bole layan je makanan turki. Dan pikiran aku telah menyusahkan aku...ahahahhaa...baru sehari makan kat hotel tu, dah rasa muak yak amat. Tapi apa kan daya. Layan je la. Dah itu yang diorang provide. Bila dah tak larat nak layan, pegi kat Maxim Street, layan kebab dan nasi campur dia. Boleh la kan.

NASI CAMPUR DI HOTEL (Nasi tu dimasak dengan apa ntah..rasa cam berkrim jek)


PRAWN WITH BUTTER (Ms.WN belanja ramai2)

SALAD ALA TURKI SERVE WITH OLIVE OIL sungguh fresh..


APA NTAH NAMA BENDA NI (Ada ikan kecik goreng, ikan bakar, fries, dan sayur yg fresh)
nanti sambung lagi ah....

Saturday, October 11, 2003

hmmm

BERKURUN LAMA
Apa nak kata..dah sayang ..terpaksa buat apa saja..terpaksa berkorban apa saja...
Susah gak eehh..bila dah jadi terlampau sayang..nak lepaskan pon susah...

salah ke aku merindui mu..
salah ke aku menyayangi diri mu..
salah ke aku mengabaikan kan ko semasa aku sibuk bekerja...
salah ke aku menyerahkan ko kepada yang sudi..

sayang,
bukannya cinta ku sudah berubah,
bukannya kasih ku sudah tertumpah,
bukannya rindu ku sudah nipis,
bukannya sayang ku sudah sepi....

fahami lah aku,
aku terpaksa melepaskan mu,
terpaksa melupa kan mu,
terpaksa mengikis detik indah bersama mu,
terpaksa kerana keadaan yg memaksa,
terpaksa di dalam rela..

percayalah,
aku akan merindui mu,
aku akan mengingati diri mu
aku akan masih mengasihi dirimu,
aku akan menyesali tindakan aku ini....
aku akan meratapi tindakan aku ini.......

mungkin ,
juduh kita sehingga di sini,
kasih kita di takat ini,
takdir kita sehingga kini,
sayang kita di keluk ini....


iks...rabak lagi duit aku nak operate siti skyline nik..huwarghhhhh

Wednesday, July 09, 2003

ari ni..hmm..dah berpa kurun aku tak nulih menda ni...hmmm...jumaat ni last day aku kerja.last day aku kerja kat perak ni..last day aku dok ngan parent..last day aku dapat mkn sarapan n dinner yg beh beh..iks...pro kontra..pro kontra..plus minus...gaji ok...keje hampeh..iks...lompat lagi aku..ahah..cam katak lompat la plak...lompat for the future..kena amik risk la gakkan...hantam je la..janji idup tak nyusahkan org..tak nyusahkan makbapak...tak cemarkan diri sendirik....

hmmm..personal life...
org johor...muda setahun...kulit hitam manis...kenal dah lama..hmm..insyaAllah jadi ..kan....

Tuesday, April 29, 2003

i love u sayang..i do really really love..eventhough i cant show u how much i love u in the real life..please thrust me..dat i love u soooooooooo much.......jangan meragam lagi ekk....plzzzzzz

Saturday, March 08, 2003

hmmm...ntah le...recent ni memacam aku fikir...nak kawin..nak idup senang..nak kerja yg lagi best..nak itu ..nak inin...nak gitu..nak gini...ntahhhhhhhhhhhhh...kata org..aku ni cam lalang..kejap ke kiri..kejap ke kanan..
mungkin betui kata org..tapi aku ape dulik...idup aku...aku nye suka laa..janjo aku still tau apa itu respect..apa itu maruah..apa itu agama..
tadi...kawan citer hal kawan..macam tak percaya je ceriata tu..tapi...nauzubillah..teruk gak...ntah le..ntah betui ntah tidak..just dengo dari satu pihak..tapi nak dengo dari satu pihak lagi...perlu ke\??
|??/\??\?\?\?\/\/\/\///????iks...tak tau aaaaaa......
kerja...kat memana pon sama je..susah..start from zero..without xpreience..so..terima je la..tapi..aku ni cam tak istiqamah..camana la agaknye aku bole dok baito menda yg sama je sampai 4 tahun...dari tak kenai sushi sampai bole buat sushi laa..hehe..persekitaran n minat gak kot...apa pon..kerja yg senang mmg susah nak dapat...bak kata mahaguru aku..tanaka sensei....bukan kerja yg menyesuaikan diri ngan kita..tapi kita yg kena sesuaikan diri ngan kerja..heh..kena batabng idung aku balik..tu la...waktu dedulu sapa suruh tipu mahaguru nak ponteng trenin..kan dah susah..apa la agak nye jadi pada org tua tu..dah nak pencen dah tu..baik betuio ngan aku..muhehehe...

Skang ni baru nak memulakan kehidupan di malaysia..yups..kehidupan..selama ni aku nye life..just ..g kerja..balik..tgk tb..then tido..then g kerja balik...skang tidaqk lagik..hijrah beb..kerja..masuk gym ..main bola...main badminton..n tadi dah on process daftar wataniah..jadik askar sukarela..hehe..penuh la idup aku..yessss...baru seronok nak idup...
ii koto arutte...zettai kuru tte...

Tuesday, February 18, 2003

cinta..apa ada pada cinta...ntah..cam menda yang tak bebas..tapi..macam ada seronok nya..macam dok tgk yg g dating dating gitu..macam bestt jee...tapi bila dok dengar citer depa abis dating..iks..jadi malaih bebeno nak bercinta..ntah lah..just follow the flow..heh..ado ka org kata aku berchenta ngan budak cc ...iks iks..tak pepaham..memain ngan gurau gurau ngaan realiti..ahaha..ntah..gasak le yop..

tadik main bola..perghh..gila lama dah takmain ...after match sept..baru la ni main balik..dari berpuluh org tadik..yg aku kenai 2 org aje..antamm..janji keluo peluh..welkom to another steps of life..muhahahahah..peh ni nak joint wataniah la plak..cam bestt je..heheh...

so..hows ur life???better then yesterday?hope so..coz...life is great maa...what goes around will comes around..life goes on..

iks..apa la jadik ngan kekawan aku kat jepun nun...lama beno tak dengo kabo berita..iks...samisii yadee....

Wednesday, February 12, 2003

selamat ariraya aidiladha
Assalamualaikum

RAYA CINA
cuti raya cina..aku menjointkan diri aku ngan geng beskal@bincang.net g menjelajah taman negara..sebelum pergi aku dok pikir gak..mesti camping cam biasa yang aku pi..bina kemah..maska nasik...masak lauk..maska air kat dapur yang dibuat sendirik..peh tu cincang cincang bawang n sort of thing ..heh..out of expectation...makan tengahari bole order kat kedai mkn terapung lagi tu..bole makan nasi paprik lagi tu..huhuh..dok keluo duit aje..yang paling best nye last day tu..bole dapat makan pizza..huhu..saiko gila..haha...overall ok gak..sebab g ngan member yang tak berpa biasa ngan hutan n camping memping nii...first taim aku joint bebudak bincang..nasib baik kepla ok sumer..kalau tak...mati kutu gak teman..hehe..dah g tmn negara ni..makin semangat aku nak joint xtvt outdoor ni..best siuttt...dengo citer kenyir atau endau/rompin on the move..insyaAllah june ni..mintak mintak jadik laaaa....plzzzzz...jhuhuhuhuhuh

KERJA..aku rasa aku nye tempat kerja dah bertukor...dari chemor ke tangga batu melaka..yer la..dlm bln januari..ada la 3 4 kali aku slot card..yg lain sumer business trip kat melaka ni..huwarghh..ok gak..dari dok melangut kat kilang...merasa gak aku makan ikan bakor hari hari..gila babun betui..dah le breakfast bantai kat hotel..cost 15 inggit per person..hehe..kompeni bayo,..antam aje..janji kenyang..huhuuhuh...

apa pon LIFE GOES ON..ganbare...ii koto arutte...akarui jinsei ni kakete..syourai o kanawarerun jyaa....

Sunday, January 12, 2003

GERAM..TAK PUEH HATI...IKS
geram..sapa tak geram..bila dengo taim sembahyang dikaitkan dengan masalah produktiviti n sekarang ni bakal keluo memo yang nak kurang taim semayang..depa dok suruh semyang taim rehat ,,taim semua org rehat..kalau surau beso tak ngape..ni yg paling beso pon bole mask 9 orang aje..iks..rasa cam keje kat obersi plak...silap..rasa cam keje kat china ke taiwan ke hong kong la plak..dah le management semua cina..dah tu masa mesyuarat dengan management n org2 atasan yg lain..yg melayu nye just jadi mister yes man aje..BANGANG..langsung tak tau nak beking org islam..sebabnya..yang pi meeting tu terdiri dari org yang tak solat..camno..camni la umat akhir zaman..iks...MOGA DITETAPKAN IMAN KAMI...

Kak ipo aku baru keluo dari spital ..samoa oi..kena batu karang..iks..memuda lagi dah ada penyakit memacam..kamu tade penyakit ke samoa???jaga le diri tu..sayang kesihatan..sayang badan..masa sihat..mmg tak nampak semua tu,,,dah sakit nanti..baru la nak mengadu..mengeluh...hmm..manusia manusia...

esok kerja..iks..malaih nya nak erjaaaa...huwarghhhhhh...apsai susah beno nak lekat kerja lain eekk..talak ong betui aku ni..intebiu dah banyak gak aku pi..resume dah berlambak aku anto...memanag tader rejeki lagi..apo nak buek..huwarghhh,,..redhaaa

SHUKUR DENGAN APA YANG ADA,,....

Tuesday, January 07, 2003

dalam sehari 5 kali aku jumpa dia..dalam sehari 5 kali aku mintak tolong dari dia..dalam sehari 5 kali aku bermanja dengan dia...dalam sehari beribu ribu kali dia ingat kat aku..cuma..aku aje yang selalu beno lupa..selalu beno lalai..selalu beno lagho...
kenapa susah sangat aku nak jumpa dia tepat pada waktu nye..kenapa aku suka sangat buat dalih nak jumpa dia tepat pada timenya..iks..sedangkan kalau nak jumpa mambang..sengah jam sebelum jumpa dah redi nak jumpa..dah redi segalanya..bersungguh-sungguh plak tu..

INSAP LA OI JEBATZ...

yeah..life goes on..makin hari makin bertambah usia..makin terasa kurang ilmu..kerja cam biasa..masuk kol 8 balik kol 5 sengah..cukup bulan dapat gaji..n cukup bulan tak cecukup gak gaji..iks..hutang pon dah makin bertambun..baru keje tak sampai setaun..saving yilek pucik...apo nak jadi jang oiiii

iks..baru nak nyimpan..ada je miscellaneous thing yang kena bayo,,,huwarghhh......nak minjam along..tak beranii..kang kena pancung..cakit oo..sunat pon sakit..nikan pancung.,..iks..nak juai BINI..tade sapa nak..nak jaga..banyak beno belanja nye...sekali merajuk makan rm2k ..huwarghh..kopak dennn....

failure is delay to success....bebeno ke ni...ganbare bai..ganbare..

Monday, January 06, 2003

salamz ...
lamao dah ambo tak nulih kat sini..maleh nak tulis satu hai..lupa pon satu hai..heh
ni pon maleh gak...coz..life is getting boring n boring..
dunno y..mebbi my job,...hmm...maybe..
till thenn..buhbye

Sunday, July 21, 2002

HUMANG AIII..lapo laaa...dari malam tadik tak makan..skang dah nak kol 5 dah..kebuluran ..beh nya kalau dok ngan mak apak..ada gak sumber sumber makanan yg berkhasiat..
dari kecik sampai ke beso dok merantau ke tempat org aje..tak pernah aku dok lelama kat umah..paling lama pon lepaih spm dulu..dok melangut je kat umah...tu pon pak aku dah bising bila lambat dapat reply ipta..result terlebih power..tu yg lambek dapat reply...sempat le ngabihkan beras 2 3 kampit...waktu tu mmg beh...macam macam aku mkn..ye la kan..dah 5 taun dok makan nasik kawah aje..sayur pon sayur yg terlebih khasiat(ulat pon ada ooo dlm sayo)...n taim tu la..aku menternak badan...haha..beh tull
then dapat masuk um 2 taun...nasib baik la kat um aku dok ostel..kalau tak ..mau kurus kering gak aku...kat um mmmg beh..memacam aku belajo..menda yg tak pernah aku buat pon terpaksa aku buat...paling struggle nya study kat situ la..2 taun sengsara ngan buku buku(poyo je)...sampai kan dunia lua pon jarang kitaorg pedulik..nama je dok kat kolej,,,tapik aktiviti situ langsung tak d joini..tu yg bebudak faks pandang poyo je kat kitaorg..nak buek camno lakan...dah bz...tensen gak aku..org lain cuti berbulan lama..bebudak kos aku(RPKJ) ..paling lama pon 2 minggu...dah tu..bila cecuti panjang ni la kan kolej ada buat xpdc itu la ini la..iks...taak merasa aku nak joint..tensen je..ada hikmah la kan...heh

fren is the one who step in when everybody in dis world step out...

Sunday, July 07, 2002

Heh..lama gak tak apdate jernel..heh..skang ni tgh musim durian n buah buahan ,...n musim demam..dah dekat seminggu aku demam..tak kebah kebah lagik..ari ni tinggai selsema je lagik...iks..lupa plak nak makan ubat..kang la makan ..
Kerja..(bebalik kirje)..aku dah boring..n boring..n boring ngan kirje...boring nak tgk muka org tua tu..boring nak makan kat kantin tu..boring nak taip DAM repot..boring nak cari kompressor yg hilang..boringg...
Esok dah nak g intebiu..hehe..cari kije lain..cari kije kat kl plak..rasa life kerja kat kl plak..haha...makin teruk nanti..baru padan muka...hahaha..jinsei tte...pattto butsukaranai to..nanimonarahenn...(manusia ni..kalau tak berani nak bersenuka ngan problem..apa pon tak jadi)..cam tu la member aku NAKAMURA FUMIHIKO cakap..mmg betui..
Manusia mmg takleh lari dari masalah..lagi lari..lagi byk masalh tu dtg kejo..by hook or by crook..masalah mesti kena settle..baru beh life goes on..kalau dok pikir..risau gak nak tuka kerja ni..tapi..larat ke sampai ke tua dok kerja ngan environment yg tak sesuai..yg tak boleh nak *join* ngan aku..mmg la...baru lagi..lama lama biasa laa...tp..itu org..aku lain..haha..dulik hapa aku..aku mau cari kirje lain..dah tader sgt..aku juai beger..sonang hati..
Maaf le bonda..anakanda mu ini tak mampu nak menyara n memberi kesenangan pada bonda lagi..InsyaAllah..one day..anakanda akan berikan kesenangan pada bonda n ayahanda..harap nye begitu lah eek...
Beh nye jadi student..hahaha..manusia manusia..camni la adat nye..dah berlalu baru nak kenang.................

Sunday, June 23, 2002

sabtu...4 pagik..
kalau kat nun sana dulu..mesti dah masuk subuh dah ni..ayam pon dah habih berkokok..aku pon mesti baru balik main billiard...tak pon dok sembang nagn shuncyan..manabe..fumi..hmm..
natsukashii naaa...

heh..skang dah jadi syakai jin..bukan senang nak kije..kalau dulu bole hu ha hu ha..sampai ke pagi..subuh ..then tido..tak g kelas pon no prob nye..cukup bulan masuk duit skoler..senang nye idup dulu..tu pon x syukur..tak nyimpan..hampeh tul..kalau simpan dulu..mau dah kawin 2 aku..hahah

camna la eeh nak kasik setel down ngan TL GOH yg ampeh tu(baca disini..ampeh tu aku nye boss..ass manager..mmg ass tul)..
borin tul...ada kije pon cam tak tenteram je hidup..iks..

carik kije lain la jawab nye aku
..sblm abih probation ni..baik aku cpt..kang kalau abih probation..jenuh la nak nunggu 3 bulan baru leh resign..sakittt////.....

life goes on la kan..nasib baik tader utang apa..kalau tak..jenuh idup gua..
kije gomen beh ni...
till then..adios
jya nee

Sunday, May 26, 2002

NOW
salam ...go busata(lamanya tak kirim kabar berita..gegitu la lebih kurang) kata org jepon.dah kerja jadi mat kilang ni baru tau bertapa teruk nak dapat duiit..kena kirja baru ada duit..kalau dedulu..dok tido dlm kelas pon..ujung bulan mesti dapat duit..heh..raku raku(senang senang)...dah jadi org melaka ni..nak bali kperak pon susah..jauh gak nak balik..naik highway pon kena dlm 5 jam..plus minus...penat oo..kalau just setakat cuti 2 hari..sabtu ahad..mmg penat...nanti nx nx week balik kampong la kot..nak g member kawin..nak jumpa mak ayah...
dapat gaji pon skit ciput je...dah tu byk debts plak tu...bulan ni kena jimat cermat gak oo..iks...bila nak save ni...tak save takleh kawin...nasib baik lambat lagi baru mau kawin..kalo tak...ada gak tanah bapak aku yg kena juai..hehe
weekends kat melaka mmg boring..tadok xtvt..nasyib baik la ada cc mat ni..bole gak aku menumpang kasih internet dia...ada gak menda yg d buat d hujung minggu..

Friday, April 19, 2002

pERGHHHHHH
heh..lamo gila tak apdate..aku pon dah masuk kembali ke kampong halaman..beh tul balik mesia..karipap tayah buat dah..haha..dah tu..bawa seselow pon kena saman..mangkuk hayun tul..(padahai kena saman pasai tadok 3rd lamp)..nyihehehe..
skang dok tanam anggur...mei day baru leh kije..umah pon talak laie oo..nanti aa carik..
bye

ShoutMix chat widget